J.K.K Musim 8 Full Episode 2

 Komedi J.K.K Kampung Kalut Musim 8 Full Episode 2


Nantikan Komedi terbaru dalam JKK Musim 8 akan bermula 1 Julai 2022 setiap Jumaat jam 10 malam di Tv3 Malaysia. Videonya selepas pukul 10.30 malam setiap jumaat.


Sitkom J.K.K Kampung Kalut yang disiarkan di TV3 nampaknya bakal mula bersiaran kembali dengan musim terbaru tidak lama lagi. Membariskan pelakon popular seperti Issey, Ain Edruce, Ropie, Ebby Yus, Shuk Sahar dan ramai lagi, gelagat penduduk Kampung Kalut sememangnya mampu buat penonton berdekah.

Apatah lagi, musim lalu menyaksikan watak Pak Kodi lakonan Ropie yang menjadi tular dengan gelagatnya bersahaja. Malah watak tersebut menjadi bualan hangat kerana terlalu selamba dan digandingkan pula dengan pelakon otai, Ebby Yus, memang tidak kering gusi dibuatnya.



Terbaru, salah seorang dari pelakon sitkom ini iaitu Ain Edruce berkongsikan beberapa foto dan video J.K.K Kampung Kalut musim baru yang sedang dalam proses rakaman. Perkongsian ini nampaknya mengesahkan lagi sitkom ini bakal ditayangkan di televisyen dalam masa terdekat.


Episod 2: